Bebaskan Palestin!

Khamis, 20 November 2008

Dato Yeop Mahidin bin Mohamed Shariff | Pengasas Askar Wataniah



Dato' Yeop Mahidin bin Mohamed Shariff, Pengarah Askar Wataniah yang pertama, telah dilahirkan pada 20 Feb 1918 di Kampung Lambor Kiri, Parit, Perak. Beliau adalah anak kepada seorang Pegawai Kastam. Mendapat pendidikan awal di Lambor Kiri dan seterusnya di Sekolah Anderson, Ipoh dari tahun 1928 hingga 1937. Semasa bersekolah, beliau amat aktif di dalam sukan. Beliau pernah menjadi johan di dalam acara Tinju Amatur Perak dalam kategori `Bantam Weight'. Beliau juga pernah mewakili Perak dalam sukan bolasepak, hoki dan kriket. Beliau adalah pemukul kriket terbaik dan pernah menerima gelaran `Batsman of the year'.Beliau mempunyai cita-cita untuk memasuki Rejimen Askar Melayu DiRaja tetapi telah dihalang oleh guru besarnya L.D Whitfield yang menasihati beliau memasuki perkhidmatan pegawai kanan kerajaan. Pada 7 Ogos 1937, beliau telah diterima untuk memasuki `Malay College'. Semasa di Malay College, beliau telah diajar dan dilatih dalam tugas-tugas pegawai kanan kerajaan.Pada tahun 1938, beliau telah dilantik menjadi majistret di Telok Anson (sekarang Teluk Intan) dan pada tahun 1939, di Kajang. Pada tahun 1940, beliau telah bertukar ke Kuala Lipis sebagai Penolong Pegawai Daerah. Semasa di Kuala Lipis, beliau telah menganggotai Pasukan Sukarela Tempatan dan seterusnya ditauliahkan sebagai Leftenan Muda. Pada tahun 1945, beliau telah dilantik sebagai pemerintah Pasukan Sukarela Tempatan, dengan menyandang pangkat Mejar. Beliau juga telah ditawarkan oleh `Whitehall' untuk mengikuti kursus ketenteraan di London, tetapi menolak tawaran tersebut, sebaliknya menghantar pegawai bawahannya iaitu Kapten Abdul Razak (Allahyarham Tun Abdul Razak) dan Leftenan Ghazali Shafie (kini Tan Sri).Apabila Perang Dunia Kedua bermula, beliau telah menubuhkan satu kumpulan anti Jepun yang dikenali sebagai pasukan Gerila Wataniah Pahang. `Force 136' di bawah pimpinan Mejar Richardson telah bersetuju untuk melatih pasukan tersebut. Kekuatan pasukan gerila itu ialah seramai 254 orang dan diketuai oleh Dato' Yeop yang lebih dikenali sebagai `Singa'. Kejayaan utama pasukan itu yang masih dalam kenangan Dato' Yeop ialah kejayaan mereka menyerang hendap Tentera Jepun, dimana sekumpulan 20 orang anak tempatan di bawah pimpinan Lt Yakin telah berjaya membunuh 30 hingga 40 orang tentera Jepun dan memusnahkan 41 buah kenderaan. Kejayaan ini adalah hasil perancangan dan pemilihan tempat serang hendap oleh Dato' Yeop selaku ketua pasukan tersebut.Pada tahun 1950, pasukan `Home Guard' telah ditubuhkan dan Dato' Yeop telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah. Tujuan utama penubuhan Home Guard adalah untuk membantu pasukan keselamatan dalam menghadapi ancaman komunis. Pada tahun 1958, pasukan tersebut dibubarkan dan Dato' Yeop telah dilantik sebagai `Chief Food Denial Officer' di Perak. Apabila Askar Wataniah ditubuhkan menggantikan Home Guard, Dato' Yeop telah dilantik sebagai Pengarah Askar Wataniah yang pertama dengan pangkat Kolonel. Disamping itu, beliau juga adalah Pengerusi Tinju dan Bolasepak Angkatan Tentera semasa itu.Dalam bulan Nov 1963, Dato' Yeop telah meninggalkan bidang ketenteraan dan menjadi Pegawai Daerah Kuala Lipis. Pada tahun 1965, beliau dilantik sebagai Setiausaha Kanan Kementerian Kebajikan Masyarakat dan dalam tahun 1967 menyertai Felda sebagai Pengarah Hal Ehwal Peneroka.Beliau adalah seorang anak watan yang banyak berjasa kepada Bangsa dan Negara. Setiap warga negara harus mengambil contoh pengorbanan dan kerelaan beliau menyerahkan sepenuh tenaga dan jiwa raga kepada bangsa dan negara.

Rabu, 19 November 2008

Hutan Belum | 90 % Belum Diteroka

Hutan Belum terletak di utara hujung Perak. Luas kawasan bagi hutan simpanan ini dilaporkan meliputi seluas 290, 000 hektar. Hutan Belum ini dibahagikan kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian atas hutan belum ini ditutupi oleh 117, 500 hektar kawasan hutan yang tebal dan memasuki sempadan Thailand-Malaysia. Kawasan hutan yang luas ini boleh dianggap seperti tembok semulajadi dan "gazette" sebagai zon keselamatan/ selamat. Taman simpanan Belum dan Temenggor dibiarkan tumbuh meliar kerana Kerajaan Perak telah memutuskan untuk mengekalkan kawasan tersebut sebagai simpanan semulajadi bagi tujuan penyelidikan.
Bahagian atas hutan belum merupakan 90% yang belum diteroka manakala bahagian bawah umumnya dilitupi oleh hutan sekunder. Memang merupakan kawasan yang amat luas untuk menjalankan penyelidikan!!!

Rafflesia
Di Hutan Belum ini terdapat pelbagai jenis tumbuhan dan pokok-pokok kayu keras hutan hujan tropika yang semakin pupus.Antaranya adalah seperti spesis meranti, cengal, keruing dan merbau yang besar. Disini juga terdapat pelbagai jenis tumbuhan herba yang boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Terdapat juga spesis tumbuhan yang sukar ditemui di tempat lain seperti rafflesia yang tumbuh meliar di sini yang merupakan spesis bunga terbesar.

Bunga Raflessia

Hutan Belum

Dato Seri Dr Haji Harussani bin Haji Zakaria | Mufti Perak


Dato Seri Dr Haji Harussani bin Haji Zakaria adalah Mufti Perak.
Beliau dilahirkan di Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak. Isterinya Datin Seri Hajjah Ainon binti Abdul Ghani. Anak 4 orang. Tinggal di 109, Jalan Abdul Hamid, Kampung Melayu, Sungai Rapat, 31350 Ipoh, Perak.


Pendidikan


-1960 – 1964: Diploma Pendidikan, Sijil Tertinggi Kolej Islam Malaya , Klang, Selangor
-1959 – 1960: Kuliah Al-Attas, Johor Bharu, Johor
-1956 – 1959: Sekolah Idrisiah, Kuala Kangsar, Perak
-Anglo Chinese School, Parit Buntar, Perak
-Sekolah Melayu Kampung Kedah, Parit Buntar, Perak
-Kursus pendedahan di Muslim College of London, United Kingdom (10 Januari – 29 Jun 1989)


Jawatan


-1992 – Sekarang: Mufti Perak, Jabatan Mufti Negeri Perak
-1985 – 1992: Mufti Kerajaan Negeri Perak, Jabatan Agama Perak
-1973 – 1985: Kadi Besar, Jabatan Agama Pulau Pinang
-1970 – 1984: Pensyarah Sambilan, Sekolah Latihan Pergigian Pulau Pinang
-1968 – 1978: Pensyarah Sambilan, Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang, Gelugor, Pulau Pinang.
-1967 – 1973: Kadi, Jabatan Agama Pulau Pinang
-1964 – 1967: Cawangan Khas, Kementerian Dalam Negeri


Khidmat Masyarakat


-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak Darul Ridzuan (Oktober 2000 – sekarang)
-Pengerusi Jawatankusa Syariah Negeri Perak Darul Ridzuan
-Pengerusi Jawatankuasa Penapisan Bahan-Bahan Terbitan Berunsur Islam
-Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Teks Al-Quran (KDN – Timbalan Pengerusi)
-Ahlim Majlis Fatwa Kebangsaan
-Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak
-Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
-Ahli Lembaga Pengarah IDC Urus Ladang Sdn. Bhd. (Anak Syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Perak) Perak Darul Ridzuan
-Ahli Lembaga Pengarah IDC Urus Niaga Sdn. Bhd. (Anak Syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Perak) Perak Darul Ridzuan
-Ahli Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
-Ahli Majlis Pengawasan Syariah Takaful Nasionl Sdn. Bhd.
-Yang DiPertua Persekutuan Seruan Islam Negeri Perak
-Pengerusi Lembaga Pengelola Kolej UNISMA
-Pengerusi Jawatankuasa Khas Penyelaras Dakwah dan Pembelajaran Negeri
-Ahli Dewan Negara Negeri Perak
-Ahli Tetap Lembaga Pengarah Kolej Islam Darul Ridzuan
-Ahli Jawatankuasa Majlis Keutuhan Negeri Perak Darul Ridzuan
-Penceramah jemputan di masjid-masjid dan institusi agama di seluruh negara.
-Panel jemputan dalam forum-forum agama anjuran jabatan-jabatan kerajaan dan kementerian-kementerian dalam dan luar negara.


Akademik


-Pesidangan Ulama’ Nusantara : Islam Di Alaf Baru : Menggaris Agenda Alaf Baru (26 November 1998)
-Seminar Pemindahan Ginjal dan Cabaran dan Kemajuan Yang Dihadapi Islam di Rantau Ini (6 hingga 8 Mei 1994, Singapura)
-Dialog Agama di antara penganut Islam, Yahudi dan Kristian, Bendor, Jerman (1989)
-Ceramah dan dialog bersama pelajar-pelajar di Washington, Amerika Syarikat (1996)
-Lawatan sambil belajar ke Negara-negara Timur Tengah dan Eropah anjuran Lembaga Perancang Keluarga Negara (1 – 9 Mac 1977)
-Muzakarah Ulama’ Nusantara : Islam Di Alaf Baru : Menggaris Agenda Alaf Baru ( 26 November 1998)


Penerbitan


-Irsyad Hukum (Menyentuh Persoalan Semasa)
-Muammalah Hidup Islam – (Kompilasi 13 Tajuk Kertas-kerja) (1996)
-Syaitan Musuh Insan, Tahun (4) Siri (17) (1398/1978)
-Hukum-Hukum Perkahwinan (1999)
-Amalan Di Bulan Ramadhan Mengikut Al-Quran dan As-Sunnah (1998)
-Rukyah dan Hisab (2000)
-Ibadah Qurban (1999)


Kertas Kerja


-Siapa Kita
-Kesantunan Yang Mulia
-Kerja Sebagai Aktiviti Ibadat
-Peranan Da’I Menuju Ke Wawasan 2020
-Kontrasepsi dan Perancang Keluarga
-Islam Pada Pandangan Orang Bukan Islam Di Malaysia
-Zakat Membawa Berkat Mensyukuri Ne’mat
-Batul Mal, Zakat dan Wakaf : Hukum dan Pelaksanaan
-Islam dan Cabarannya Masa Kini
-Dakwah Masa Kini dan Cabarannya
-Penerapan Nilai-Nilai Islam
-Pemindahan Ginjal
-Peranan dan Tanggungjawab Ulama’


Anugerah


-2001: Darjah Kehormat Doktor Syariah (gelaran Dr.) oleh Tuanku Canselor Universiti Malaya, DYMM Paduka Seri Sultan Perak
-1999: Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak
-1994: Jaksa Setia Mahkota oleh DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong
-1986: Darjah Paduka Mahkota Perak (DPMP)oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak
-1978: Ahli Mangku Negara (AMN) oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang
-1976: Pingakt Kelakuan Terpuji (PKT) oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang
-1975: Pingat Jasa Kebaktian (PJK)oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang


Ahad, 9 November 2008

Dato Lat | Kartunis Dari Perak



Dato' Mohd Nor bin Khalid (lahir pada bulan Mac 1951 di Kota Bahru, Perak; yang juga lebih dikenali sebagai Lat ) merupakan kartunis yang tidak asing bagi rakyat Malaysia. Dato' Mohd Nor bin Khalid merupakan kartunis negara yang mendapat pengiktirafan antarabangsa. Ia juga memenangi Hadiah Budaya Asia Fukuoka XIII 2002.


Karya


-Be Serious Lat
-Better Lat than Never
-Budak Kampung
-Dr. Who?!
-Entahlah Mak...
-It's a Lat Lat Lat Lat World
-Kampung Boy:Yesterday and Today (ISBN 967-969-307-4)
-Kampung Boy:Yesterday and Today (Versi Jepun)
-Keluarga SiMamat
-Lat 30 Years Later
-Lat and Gang
-Lat and His Lot Again...
-Lat as Usual
-Lat at Large
-Lat gets Lost
-Lat was Here
-Lat with a Punch
-Lat's Lot
-Lots More Lat
-Lots of Lat
-Mat Som (Versi Inggeris) (ISBN 983-99617-1-3)
-Mat Som (Versi Melayu)
-The Kampung Boy
-The Portable Lat
-Town Boy
-Town Boy(Versi Jepun)
-With a Little Bit of Lat



Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah | Sultan Perak ke 34



Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafaru'llahulahu yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kesembilan. Baginda merupakan Sultan dari negeri Perak Darul Ridzuan. Sultan Azlan Muhibbuddin Shah menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia dari 26 April 1989 - 25 April 1994.





  • Baginda dilahirkan pada 1928 di Batu Gajah, Perak.

Pertabalan Sultan

  • 1 Julai 1983 : Dewan Negara Perak memahkotakan baginda Raja Muda Perak . Ketika itu baginda masih lagi memegang jawatan sebagai Ketua Hakim Negara Malaysia.

3 Februari 1984 : baginda melepaskan jawatan Ketua Hakim Negara setelah dilantik menjadi Sultan Perak berikutan kemangkatan Sultan ldris Shah.

3 Februari 1984 : dimahsyurkan sebagai Sultan Perak ke-34 . 9 Disember 1985 ditabal sebagai Sultan Perak secara rasmi.

Pendidikan

Belajar di Sekolah Kerajaan lnggeris, Batu Gajah , kini dinamai Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yussuf, Batu Gajah.

Kolej Melayu Kuala Kangsar(MCKK)

Belajar bidang undang-undang di University of Nottingham, United Kingdom dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang-undang pada tahun 1953.

23 November 1954 sah menjadi ahli di dalam The English Bar oleh The Honorable Society of Lincoln’s lnn.

Kerjaya

-Memulakan perkhidmatan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
-Menyertai Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman Persekutuan Tanah Melayu sebagai -Majistret Kelas Pertama dan Presiden Mahkamah Sesyen.
-menyandang Peguam Persekutuan dan Timbalan Pendakwa
-Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang
-Penasihat Undang-Undang Negeri Johor
-Pendaftar Mahkamah Tinggi Persekutuan Tanah Melayu

-Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.
-1965 (umur 37 tahun ) baginda dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Malaya yang merupakan hakim termuda dalam sejarah kehakiman Komanwel.
-1973- Hakim Mahkamah Persekutuan
-1979- Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.
-12 November 1982 menjadi Ketua Hakim Negara menggantikan Tun Mohamad Suffian Hashim yang bersara. Jawatan ini merupakan puncak karier kehakiman.


Isnin, 27 Oktober 2008

Taiping | Bandar Warisan

Bandar Taiping merupakan ibu kota bagi daerah Larut, Matang dan Selama. Sebelum 1937, Taiping merupakan ibu negeri Perak. Nama lama Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong. Pauh pula ialah sejenis buah mangga bersaiz kecil.
Taiping bermaksud "AMAN" atau "DAMAI" dalam Mandarin. Tercetus dari pertelingkahan puak-puak pendatang negara China yang melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di daerah Larut iaitu Ghee Hin dan Hai San, yang begitu ramai di Kelian Pauh ketika itu. Persatuan kongsi gelap dari dua puak ini telah bertelingkah kerana lombong bijih timah dan jalan air. Setelah mendapat kata sepakat untuk berdamai, Taiping telah dipilih sebagai nama baru bagi bandar di daerah Larut.

Mengikut bancian yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2000, taburan penduduk di bandar ini adalah seramai 199,330 orang (ke-18).

Taiping terletak di koordinat 4.8° Utara dan 104.7° Timur.
Pekan-pekan yang berhampiran dengan Taiping ialah Aulong, Assam Kumbang, Simpang, Trong, Sungai Tinggi, Pokok Assam, Changkat Jering, Batu Kurau dan Kamunting.
Taiping terletak di atas muka bumi yang tinggi terutamanya di bahagian Bukit Larut. Gunung Hijau (1448 meter) adalah gunung tertinggi di sini. Bandar merupakan tempat paling kerap menerima hujan yang lebat, hampir 320 hari setahun. Lantaran itu muka buminya basah terutama di Taman Tasik Taiping. Hujan yang diterima ialah jenis hujan bukit iaitu dari Banjaran Bintang di sebelah Timur. Namun begitu Taiping tidaklah dilanda banjir kecuali kawasan paya bakau di sebelah Barat. terdapat juga sebuah sekolah berasrama penuh di sini.


Zoo Taiping | Zoo Pertama Malaysia

Zoo Taiping mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Ia terletak di dalam kawasan semulajadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill). Keindahan alam semulajadi yang menarik seperti aliran anak sungai, tasik, dan kehijauan flora menambahkan lagi keunikan Zoo Taiping dalam mempamerkan suasana semulajadi.

Taman Mergastua Sultan Idris Shah atau lebih dikenali sebagai Zoo Taiping merupakan satu-satunya zoo yang terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Dengan kawasan zoo seluas 34 ekar ini, Zoo Taiping telah memulakan satu pembaharuan dengan memperkenalkan pameran haiwan dengan menggunakan konsep terbuka. Ia diperkenalkan dengan mengambilkira habitat asal haiwan tersebut. Pengunjung turut tertarik dengan keindahan alam semulajadi yang dipamerkan dengan pembinaan kandang yang sesuai.

Zoo Taiping merupakan habitat kepada 1300 ekor binatang yang terdiri daripada 180 spesis. Binatang- binatang tersebut terdiri daripada harimau, singa, gajah, badak air, zirafah, enggang, orang utan dan lain lain lagi. Tambahan pula, usaha- usaha pembiakan hidupan liar ini telah terbukti berjaya. Antara hidupan liar yang berjaya dibiakan adalah seperti harimau belang, singa, siamang, rusa, nilgai, burung kuak dan banyak lagi.
Pembukaan night safari diantara yang pertama di Malaysia dan menjadikan ia antara zoo yang pertama yang membuat aktiviti yang sedemikian. Pembukaan night safari dipercayai oleh pihak pengurusannya menjadi satu daya tarikan di Taiping mahupun di Malaysia. Pada 1 Mac 2003, ia telah dibuka dan beroperasi. Waktu operasi untuk night safari bermula dari jam 8.00 malam hingga ke 11.00 malam, (hari Isnin - Jumaat) dan 8.00 malam hingga ke 12.00 malam (Sabtu)








Statistik Pelawat Sejak Mei 2008

counter
Powered By Blogger
Sebarang maklumbalas,berita,komen atau aduan boleh disalurkan melalui e-mel kepada yeoptempoyak(ad)gmail(dot)com