Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin (lahir 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Negeri Perak) merupakan Menteri Besar Perak ke-10 setelah pembangkang menang Pilihan Raya Umum Malaysia 2008. Beliau merupakan ADUN Pasir Panjang, Perak.
Ir. Mohammad Nizar pada asalnya dijadualkan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada 13 Mac 2008. Walau bagaimanapun, Lim Kit Siang menyatakan DAP akan memulaukan pelantikan itu dan majlis pentauliahan dan angkat sumpah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar kerana PAS bukan parti utama yang memenangi pilihan raya 2008 peringkat negeri Perak. Beliau bagaimanapun menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf. Kenyataan tersebut adalah kerana DAP Perak yang memenangi paling banyak kerusi DUN di antara ketiga-tiga parti pembangkang. Bagaimanapun, ini bertentangan dengan Perlembagaan Negeri Perak yang mensyaratkan hanya orang Melayu beragama Islam boleh menjadi Menteri Besar, melainkan Sultan mengizinkan seseorang yang bukan Melayu dan bukan Islam untuk memegang jawatan ini.
Lanjutan itu, pihak istana telah membatalkan istiadat mengangkat sumpah dan meminta ketiga-tiga DAP, PKR dan PAS bermesyuarat sekali lagi dan menghantar satu surat yang ditandatangani semua 31 ADUN mereka, menyatakan sokongan bersama.
Beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak pada 17 Mac 2008 (bersamaan hari jadinya yang ke 51) di hadapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah di Istana Iskandariah, Perak.
Belajar di Sekolah Rendah Anglo-Chinese School (ACS) Kampar. Kemudian di Sekolah Menengah Kebangsaan Anglo-Chinese School Kampar dan Sekolah Menengah Teknik Ipoh dan menyambung pengajian peringkat A-level dan ijazah di England.
Beliau merupakan seorang jurutera perunding lulusan Aston University of Science & Technology di Birmingham, England.
Nizar mempunyai kebolehan bertutur dalam 4 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, dan Bahasa Tamil.
Isterinya Fatimah Taat dan mempunyai lapan orang anak, lima lelaki dan tiga perempuan.
Anak sulung dan kedua beliau merupakan penuntut lulusan BA Syariah Universiti Mu'tah di Jordan. Anak kedua pula lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut'ah Jordan. Anak yang ketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari Universiti Damsyik, Syria dan Universiti Lubnan. Manakala anak yang keempat hingga kelapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.
Ir. Nizar pernah bekerja di Jabatan Kerja Raya (JKR) sebelum berkhidmat sebagai jurutera di Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang PDC).
Beliau berpengalaman luas dalam menjalankan beberapa projek besar negara. Antaranya Projek Dayabumi fasa 2 & 3 pada tahun 1983, projek Pusat Islam (BAHES, Jabatan Perdana Menteri (1984), projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985), pengurusan bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR, Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini.
Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta. Di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Itali, Bangkok Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatar dan Teheran, Iran.
Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan berjawatan dalam PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasan Kampar (2001 hingga kini). Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak itu menyertai PAS sebagai ahli biasa pada 1995 dan bertanding kali pertama bagi merebut kerusi Parlimen Kuala Kangsar pada pilihan raya umum 2004 tetapi tewas kepada penyandangnya Datuk Seri Rafidah Aziz.
Mohammad Nizar memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang 2008.
sumber daripada http://ms.wikipedia.org/
Arkib
-
▼
2008
(23)
-
▼
Jun
(8)
- Hospital Raja Permaisuri Bainun | Nama Baru Hospit...
- Sultan Azlan Muhibbuddin Shah | Sultan Perak
- Kuala Kangsar | Bandar Diraja
- Sungai Perak | Sungai Bersejarah
- Sejarah Ipoh | Bandaraya di negeri Perak
- Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin | Pemimpin...
- Leftenan Adnan Wira Bangsa
- Sejarah Perak Darul Ridzuan
-
▼
Jun
(8)
Ahad, 1 Jun 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Sebarang maklumbalas,berita,komen atau aduan boleh disalurkan melalui e-mel kepada yeoptempoyak(ad)gmail(dot)com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan