IPOH, 12 JUN – DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berkenan merasmikan penamaan semula Hospital Ipoh kepada Hospital Raja Permaisuri Bainun. Penamaan tersebut juga adalah merupakan salah satu aturcara rasmi kerajaan negeri sempena sambutan ulang tahun baginda yang ke-80.
Turut sama berangkat DYMM Raja Permaisuri Bainun. Baginda yang terserlah dengan sifat prihatin terhadap masalah rakyat turut mencemar duli melawat pasakit-pesakit yang sedang mendapatkan rawatan di hospital tersebut. Pesakit-Pesakit nyata gembira setelah menerima kunjungan istimewa Diraja yang pasti bermakna buat mereka apatah lagi berpeluang beramah mesra dan menerima cenderahati daripada Raja Permaisuri Bainun.
Sejarah Hospital ini bermula pada tahun 1891 sebagai Hospital Daerah. Pada tahun 1942, hospital ini telah dinaiktaraf kepada Hospital Negeri selaras dengan keutamaan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat. Dari masa ke masa, ia mangalami perubahan kemodenan dari pelbagai aspek termasuk pembinaan bangunan utama 8 tingkat pada tahun 1980, pembinaan Kompleks Klinik Pakar pada tahun 1992 dan Kompleks Rawatan Harian pada tahun 2005. Pada tanggal 12 Jun 2008, hospital ini sekali lagi mencatat detik bersejarah setelah dinamakan semula kepada Hospital Raja Permaisuri Bainun.
Arkib
-
▼
2008
(23)
-
▼
Jun
(8)
- Hospital Raja Permaisuri Bainun | Nama Baru Hospit...
- Sultan Azlan Muhibbuddin Shah | Sultan Perak
- Kuala Kangsar | Bandar Diraja
- Sungai Perak | Sungai Bersejarah
- Sejarah Ipoh | Bandaraya di negeri Perak
- Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin | Pemimpin...
- Leftenan Adnan Wira Bangsa
- Sejarah Perak Darul Ridzuan
-
▼
Jun
(8)
Ahad, 29 Jun 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Sebarang maklumbalas,berita,komen atau aduan boleh disalurkan melalui e-mel kepada yeoptempoyak(ad)gmail(dot)com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan