Ipoh ialah sebuah bandaraya yang terletak dalam daerah Kinta, dan merupakan ibu negeri dan pusat pentadbiran Perak Darul Ridzuan. Bandaraya ini yang terletak kira-kira 200 km ke utara Kuala Lumpur merupakan bandaraya keempat terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur, Georgetown, dan Johor Bahru. Datuk Bandar Ipoh sekarang ialah Mohamad Rafiai Moktar.
Nama "Ipoh" diambil daripada pohon "epu" atau lebih dikenali sebagai "pokok ipoh" dengan getahnya yang beracun dan digunakan oleh Orang Asli untuk panahan sumpitan mereka.
Kini, "Ipoh" telah berada dibawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh atau Dewan Bandaraya Ipoh, dimana ia telah pun menyerap masuk pekan-pekan kecil yang berada disekitar bandar seperti Chemor, Jelapang, Falim, Menglembu, Tambun dan Tanjung Rambutan ke dalam wilayah Bandaraya Ipoh. Secara sejarahnya, "Ipoh" terbahagi kepada Pekan Lama dan Pekan Baru yang mana dipecahkan oleh Sungai Kinta ditengah-tengah bandarnya.
Penduduk di Ipoh adalah terdiri daripada majoriti kaum Cina. Dialek Cina Kantonis adalah bahasa pengantar orang-orang Cina di sini walaupun terdiri daripada kebanyakan kumpulan dialek Cina Hakka, dan Cina Kantonis. Kebanyakan penduduk di Ipoh bertumpu di Menglembu, Buntong, Tasek, Ampang, Bercham serta Pasir Puteh menjadikan keluasan bandaraya Ipoh menjadi semakin besar jika diambil kira pekan-pekan yang terdapat di sekitar pinggir Bandaraya Ipoh.
Kawasan Greentown berdekatan dengan Dewan Bandaraya Ipoh kini semakin menjadi pusat segala hiburan penduduk Ipoh. Dengan pembukaan komersial baru iaitu Pusat Perdagangan Greentown, telah memberi nafas baru kepada Bandaraya Ipoh khasnya. Aktiviti umum di kawasan penempatan baru komersial ini kebanyakannya adalah meliputi restoran-restoran, medan selera, kedai pejabat, bank-bank, pub, bistro dan kafe.
Medan Ipoh Bistari (dikenali sebagai Bandar Baru Medan) adalah kawasan yang menjadi tempat kesukaan ramai remaja di Ipoh. Penduduk bandar Ipoh telah memberi jolokan bagi kawasan komersial ini sebagai 'Bangsar Ipoh' (a.k.a kawasan pop Bangsar di Kuala Lumpur). Bandar Baru Medan terletak bersebelahan dengan Taman Ipoh Timur. Kawasan ini sangat popular kepada muda-mudi dan remaja dimana terdapat kawasan tumpuan dimalam hari, kafe-kafe, kedai kopi (menghidangkan makanan tempatan), pusat hiburan, Campuran kafe F&B (food and beverage), pub-pub, disko, bistro dan terbaru ialah Siber Kafe.
Taman Tema Air yang pertama di Ipoh Lost World of Tambun dijangka dapat mengubah keadaan di bandaraya Ipoh serta merupakan "Sunway City" versi tempatan (dikaitkan dengan "Sunway City" yang sebenarnya yang terletak lebih kurang 15km ke arah barat Kuala Lumpur). Di dalam "Lost World of Tambun" terdapat juga kolam air panas semula jadi, dimana sangat popular pada tahun 1960-an dan 1970-an.
Malangnya, kepesatan pergerakan di dalam pusat bandar semakin berkurangan dari tahun ke tahun. Disebabkan itu, Dewan Bandaraya Ipoh telah memperkenalkan satu aktiviti malam yang dikenali sebagai Gerbang Malam ditengah bandar, di Jalan Dato' Tahwil Azar, juga dikenali sebagai "Night Lane". Ia adalah pasar malam yang biasanya dikunjungi oleh orang ramai, tetapi lebih besar dan masa operasi yang lebih panjang.
Terdapat satu kawasan yang luas iaitu di Kampong Simee telah dipilih oleh Dewan Bandaraya sebagai Pusat Sukan. Sukan utama yang popular bagi (bola sepak) dan sukan-sukan lain, juga bagi acara padang banyak berlaku di Stadium Perak. Bersebelahan Stadium Perak terdapat juga stadium tertutup, iaitu Stadium Indera Mulia, memainkan peranan sebagai hos bagi sukan badminton. Ipoh juga rumah kepada Perak FA .
Berdekatan dengan stadium terdapat Kompleks Sukan Renang yang dikendalikan oleh Dewan Bandaraya. Ia dibuka kepada orang umum dengan kadar harga yang berpatutan (RM1 untuk hari biasa/RM2 untuk cuti umum and hari minggu). Kompleks ini mempunyai kolam bersaiz Olimpik, kolam untuk menyelam, kolam berombak, kolam bersederhana saiz dan kolam untuk kanak-kanak.
Ipoh merupakan tuan rumah velodrom, iaitu dipanggil Velodrom Rakyat. Ia merupakan Velodrom yang pertama di Malaysia dimana ia dibina atas inisiatif Dato' Darshan Singh Gill (sekarang Tan Sri Dato' Seri). Tambahan lagi, Ipoh juga menyerlah sebagai salah satu dari beberapa bandar di Malaysia yang mempunyai "stadium astroturf" untuk sukan hoki, yang dipanggil Stadium Azlan Shah.
Untuk golf pula, padang golf popular yang terdapat di Ipoh ialah Kelab Golf Diraja Perak (sebelah Tiger Lane atau Jalan Sultan Azlan Shah). Kelab Golf Meru terletak di Jelapang. Selain itu, jalan menuju ke Batu Gajah, terletaknya Clearwater Sanctuary golf club.
Tempat bagi sukan-sukan lain termasuklah Kelab Kilat di Pasir Pinji, Padang Ipoh di Pekan Lama, Padang Polo, dan padang polo di Iskandar Polo Club, di Ampang Baru.
sumber daripada http://ms.wikipedia.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan